Sorting by

×

Berganding bahu kekalkan status sifar miskin tegar

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

PAYA RUMPUT 15 Januari – Semua agensi dan pihak yang terlibat disaran agar terus dapat berganding bahu bagi memastikan Melaka terus menjadi negeri sifar miskin tegar.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, tanpa komitmen dan kerja keras agensi berkaitan hasrat Kerajaan Negeri sukar dicapai untuk ini tanggungjawab itu semakin berat dalam memastikan status itu dapat dikekalkan.

“Seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Melaka sudah diisytiharkan negeri berstatus Sifar Miskin Tegar jadi untuk itu kita perlu lebih bekerja keras.

“Ini kerana untuk mengekalkan status itu bukanlah perkara mudah tetapi dengan peranan semua pihak saya percaya kita dapat laksanakan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri,” katanya.

Menurutnya, rakyat Melaka amat istimewa apabila kebajikan mereka terutamanya golongan asnaf diberi perhatian dan dijaga dengan baik bagi memastikan mereka ini boleh berjaya.

“Kita di Melaka ini semuanya terkawal termasuklah dari segi kebajikan untuk golongan asnaf. Dengan bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kita bukan sahaja memberi bantuan tetapi juga sokongan.

“Akhirnya ramai asnaf kita berjaya keluar dari status itu dan menjadi usahawan. Selain itu mereka yang layak juga kita akan pastikan akan dapat bantuan sepatutnya tanpa ada yang tercicir,” katanya.

Terdahulu, pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 oleh Ketua Menteri Melaka, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan
Melaka secara rasmi diisytiharkan mencapai status Sifar Miskin Tegar pada 28 Disember lalu.

Atas kejayaan bermakna itu, Ketua Menteri merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua jabatan serta agensi menjayakan usaha itu.

Kata beliau antara agensi terbabit adalah Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) Melaka, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Majlis Agama Islam Melaka(MAIM) selain semua Pejabat Daerah dan Tanah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

760
Kongsi :
Previous post JPJ Melaka negeri pertama terima 5 Toyota Fortuner
Next post Pan Gon mohon maaf gagal beri keputusan positif berdepan Jordan
Ubah saiz-+=