Berdepan tuduhan gangguan seksual, Ebit Lew serah kepada proses mahkamah
TENOM, 18 Feb – Pendakwah bebas terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew menyerahkan kepada proses mahkamah terhadap 11 pertuduhan berhubung kes gangguan seksual yang dihadapinya.
Menurutnya, beliau tenang menghadapi pertuduhan itu dan menganggapnya suatu ujian daripada Allah selain berharap ujian itu mampu memberikan kebaikan buat dirinya.
“Saya serahkan kepada peguam dan akan lalui proses mahkamah ini dengan tenang, saya berdoa semoga Allah beri rahmat kebaikan kepada semua…bila dituduh, saya akan melalui proses ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Ebit Irawan, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 11 pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp di daerah Tenom antara Mac hingga Jun tahun lepas.
Mahkamah membenarkan Ebit Irawan dilepaskan dengan jaminan RM1,000 untuk setiap pertuduhan dengan dua penjamin sementara perbicaraan kes dan menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIADA KOMPROMI, PPSPM TOLAK RASUAH
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) terus komited menzahirkan komitmen terhadap tanggungjawab dalam menolak...
PROJEK ‘MISSION IMPOSIBLE’ KERAJAAN MELAKA BUKTIKAN KEJAYAAN
MERLIMAU 23 Januari - Kerajaan Negeri memberi jaminan pesawah di negeri ini akan ditawarkan dengan pembelian harga benih padi jauh...
NIKMATI KEINDAHAN SENJA DARI ATAS MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 22 Januari - Menara Taming Sari menawarkan pakej menarik kepada pengunjung yang mahukan kelainan dengan menikmati panorama matahari...
MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
AYER KEROH 22 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan program Free Market di perkarangan Pejabat FAMA, daerah...
BERAS MELAKA BAKAL DIPASARKAN, HANYA RM26 SEKAMPIT
MERLIMAU 22 Januari - Kerajaan Negeri bakal mengeluarkan beras putih tempatan dikenali sebagai Beras Melaka dalam usaha membantu menambah stok...
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...