Sorting by

×

Berdebar nak tunai haji

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TANJUNG BIDARA 18 Mei – Berpeluang untuk menunaikan ibadah haji pada usia masih muda dianggap sebagai satu rahmat dan kelebihan buat Ilman Hizami Norman Kamil, 26.

Pemuda berasal dari Taman Bidara ini bakal berangkat ke tanah suci bersama abang dan kakak iparnya menerusi penerbangan yang dijadualkan pada 26 Mei nanti.

“Semakin hampir tarikh untuk berlepas semakin berdebar rasanya, mungkin kerana ini kali pertama saya ke tanah suci. Saya juga menghadiri Kursus Perdana Haji anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai persediaan dan alhamdulillah setakat ini semua persiapan sudah dibuat.

“Kegembiraan ini turut dikongsi beberapa kenalan yang sebaya dan lebih muda daripada saya , alhamdulillah kerana mereka juga dikhabarkan turut terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini.

“Kami sekeluarga merancang untuk pergi haji bersama-sama, jadi ayah daftarkan kami semua sejak saya berusia dua tahun lagi. Namun hasrat itu tidak tercapai kerana hanya ayah dan ibu sahaja terpilih ke tanah suci pada 2010,” katanya ketika ditemui di Japerun Tanjung Bidara, Masjid Tanah, semalam.

Terdahulu Ilman Hizami menjadi antara bakal jemaah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara yang diraikan ketua Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Pada majlis ringkas itu Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, turut menyampaikan sumbangan kepada 11 bakal haji dan hajah diraikan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

259
Kongsi :
Previous post Keunikan Melaka tawan hati peserta seminar 11 negara
Next post Melaka tuan rumah Hari Belia Negara 2024
Ubah saiz-+=