Sorting by

×

Berbahas, berhujah dengan sopan

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat
DAK MAT

SEPERTI dijangka ‘gelanggang’ Parlimen yang dibuka pada sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin minggu lalu, bertukar kecoh.

Kali terakhir Parlimen bersidang pada bulan Disember tahun lalu. Mungkin kerana agak lama tidak berbahas dan berhujah, sesi kali ini ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya oleh wakil rakyat terutama blok pembangkang.

Tidak perlulah Mat ulas panjang lebar kerana sidang Parlimen boleh ditonton secara langsung di televisyen mahupun di atas talian.

Apapun perbandingan diberi oleh netizen seperti ‘biadap’, ‘macam sarkas’ dan ‘macam pasar’ mengenai kekecohan itu, itulah justifikasi tindakan Ahli Parlimen terbabit khasnya wakil rakyat pembangkang.

Mat bukan nak pertikai hak eksklusif setiap Ahli Parlimen untuk berbahas dan berhujah demi kemaslahatan rakyat.

Cuma Mat rasa setiap Yang Berhormat perlulah bersopan dan beradab ketika berbahas, mencelah dan berhujah. Namun yang Mat lihat sebaliknya, dewan hingar dan seolah tidak terkawal.

Ada yang bangun mencelah tanpa meminta izin, meninggikan suara dan
berhujah semberono. Biarpun ditegur oleh Speaker atau tidak diberi laluan, ada yang langsung tidak endah dan terus bercakap.

Mat terkesan dengan kata-kata Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun yang
menempelak wakil rakyat pembangkang yang kerap menggunakan ‘peraturan mesyuarat’ jika sesuatu isu memihak kepada mereka.

Paling menyedihkan apabila Ahli Parlimen DAP tidak menghormati sesi
bertafakur dan bacaan Al Fatihah oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk korban COVID-19.

Mat setuju dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan
bahawa Parlimen Malaysia tidak boleh menjadi tempat agama dan nilai terbaik bangsa menjadi sendaan dan perbuatan biadap.

Ahli Parlimen DAP kena minta maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan seluruh umat Islam serta rakyat Malaysia atas tindakan tidak sopan mereka itu.

Dak Mat: Akal berpintal, berpulas tidak patah

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

561
Kongsi :
Previous post Wanita rugi RM3,230 ditipu pembelian kucing menerusi Instagram
Next post Boleh rakam video disuntik
Ubah saiz-+=