Sorting by

×

BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

DUYONG 27 April – Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan, tetapi satu bentuk aktiviti yang mengisi jiwa rakyat.

Bagi Zaini Ali, 49, jamuan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong itu sudah menjadi acara tahunan yang wajib dihadirinya.

“Kali ini saya datang berdua dengan anak keempat daripada enam beradik, tahun ini datang lewat sedikit selepas solat Isyak.

“Memang setiap tahun saya datang sebab seronok menyaksikan gelagat orang ramai, ditambah pula pelbagai juadah menarik yang disediakan,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas jamuan raya tersebut di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, di sini, semalam.

Img 20250427 153310 820
FARIDAH Hanim bersama dua anaknya tidak melepaskan peluang datang jamuan raya tersebut setiap tahun.

Sementara itu Faridah Hanim Ahmad Fuad, 44, yang hadir bersama suami dan dua anaknya, sanggup beratur lama hanya untuk mengambil juadah yang disediakan.

“Alhamdulillah memang seronok sangat beraya di sini, makanan banyak pilihan, walaupun terpaksa beratur menunggu giliran, tapi suasananya sangat meriah.

“Saya datang dengan anak-anak dan suami kerana mahu meraikan hari raya dan merasai kemeriahan sambutannya tahun ini.

“Insya-Allah jika diberikan kesempatan tahun hadapan saya akan datang lagi jamuan hari raya di DUN ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

740
Kongsi :
Previous post BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
Next post KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI