
Benjy sudah tiada
KUALA LUMPUR 11 Julai – Pelakon Benjy Ibrahim atau nama sebenarnya Khaeryl Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia hari ini.
Perkara itu disahkan bapanya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, seperti dilaporkan Astro Awani.
Katanya, berita kematian anaknya itu diketahuinya selepas menerima panggilan telefon daripada rakan Allahyarham pada jam 11 pagi tadi.
“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat asma hari ini,” katanya kepada Astro Awani menerusi WhatsApp.
Menurut Khairil, jenazah Benjy akan dikebumikan di Medan, Indonesia.
Sebelum ini, anak sulung aktres Allahyarham Azean Irdawaty itu dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu pada 2017.
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), ketika dihubungi mengesahkan, pihaknya buat masa ini sedang mendapatkan bantuan dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia untuk pengurusan jenazah.
“Kami sedang berhubung dengan wakil Malaysia di sana, perkembangan terbaharu akan diberitahu kelak,” kata Setiausaha Agung SENIMAN, Mohd Hafiz Mohd Hanafiah, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...