Sorting by

×

BENIH PADI MELAKA MENJAMIN SEKURITI MAKANAN NEGERI

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 25 April – Melaka mengambil langkah proaktif untuk menjamin ekosisten sekuriti makanan dengan melancarkan benih padi Melaka bagi dibekalkan kepada semua pesawah di negeri ini.

Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan sektor pertanian tempatan, malah mengurangkan kebergantungan terhadap sumber luar.

“Saya amat tertarik dengan usaha Kerajaan Negeri mengeluarkan benih padi Melaka bagi dibekalkan kepada pesawah di negeri ini. Syabas diucapkan atas usaha dan komitmen ini dalam memperkukuhkan sektor pertanian dan menjamin sekuriti makanan.

“Selain itu saya berharap projek ini akan menjadi contoh bagi negeri-negeri lain dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Tun Dr. Mohd Ali turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas usaha tersebut dan menekankan pentingnya pertanian sebagai sektor strategik dalam menghadapi cabaran global.

“Kita sedar bahawa dunia hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah perubahan iklim, konflik geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta peningkatan kos sara hidup.

“Justeru, sektor pertanian bukan lagi sektor sampingan tetapi ia merupakan sektor strategik yang perlu diberi keutamaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

217
Kongsi :
Previous post DUN BELIA PLATFORM ANGKAT SUARA ORANG MUDA
Next post MELAKA BERPOTENSI JADI PENERAJU INDUSTRI AEROANGKASA