
Bemban Eco Street mampu lonjak ekonomi penduduk kampung
BEMBAN 10 Mei – Bemban Eco Street akan dibangunkan sebagai sebuah lokasi yang mampu menjana ekonomi penduduk kampung di kawasan berkenaan.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Datuk Wira Hasan Abd Rahman berkata, pembangunan itu sejajar dalam misinya bagi memperkasa ekonomi penduduk kampung yang mampu menambah pendapatan per kapita dalam sesebuah keluarga.
Jelasnya, Bemban Eco Street yang direncana dibangunkan sepanjang lima kilometer akan menghimpunkan pelbagai produk daripada masyarakat kampung untuk diketengahkan dalam pasaran.
“Ia juga membabitkan pelbagai kegiatan penduduk kampung dan saya percaya ia akan menarik sokongan masyarakat setempat dari pelbagai kaum yang merupakan manfestasi kita ke arah menyatupadukan masyarakat untuk melihat Bemban sebagai sebuah kawasan yang maju jaya menggamit dunia.
“Perlaksanaaan ini dijangka akan dibuka sekitar Julai akan datang dan setakat ini kita sedang menunggu kelulusan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau berkata, bagi merealisasikan perancangan itu, pihaknya kini sedang menunggu peruntukan Persekutuan yang dianggar berjumlah sekitar RM7 juta.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...