
Belum cukup umur sudah berani ‘ronda-ronda’
KOTA LAKSAMANA 31 Jan – Mereka belum cukup umur, namun dua gadis berani ‘meronda’ sekitar bandar raya ini menggunakan motosikal kerana mahu merasai kemeriahan musim cuti perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Itulah gelagat dua gadis yang ditahan pegawai penguat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Penguatkuasaan Tahun Baharu Cina 2022 di sini, malam tadi.
Hasil pemeriksaan dijalankan pegawai JPJ mendapati penunggang dan pembonceng Honda EX5 itu tidak memiliki lesen B2 dan berusia bawah 18 tahun.
Ketika ditanya kedua-dua remaja itu mengakui menunggang motosikal terbabit dari Masjid Tanah ke Banda Hilir.
Selain dua gadis berkenaan beberapa lagi remaja dikenakan tindakan atas kesalahan cukai jalan sudah tamat tempoh, tidak mempamerkan pelekat ‘P’ dan menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ (tidak mengikut spesifikasi).
Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, beberapa laluan sekitar pusat bandar khusus sekitar Banda Hilir, sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan berikutan peningkatan pelancong yang datang ke negeri ini untuk bercuti.
Operasi sempena Tahun Baharu Cina itu bermula 25 Januari lalu dan dijadualkan berakhir 8 Februari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...