Belum ada tangkapan Long Tiger – Ketua JSJ
AYER KEROH 17 Dis- Polis Melaka mengesahkan tiada tangkapan dibuat pihaknya membabitkan seorang tahanan dikenali ‘Long Tiger’ yang bertindak meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Azlan Abu berkata, sehingga kini pihaknya giat membantu polis kontinjen Johor dalam mengesan lelaki warga Myanmar terbabit iaitu Abd Hamim Abd Hamid, 33, yang didakwa berada di Melaka.
“Belum ada tangkapan, sekiranya suspek berjaya ditahan kita akan maklum dan usaha mengesan masih berjalan dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin terutamanya dan IPD Melaka Tengah serta IPD Alor Gajah.
“Ya, kita ada terima maklumat tetapi apabila polis pergi ke sana tiada, kosong. Sekiranya dia dapat ditangkap kita akan maklum,” katanya ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan, Long Tiger diburu polis selepas melarikan diri dari lokap mahkamah berkenaan melalui pintu utama mahkamah pada jam 11.55 pagi sebelum perbicaraannya bermula.
Long Tiger sebelum itu diambil polis di Penjara Sungai Udang, Melaka pada Selasa untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun prosiding yang sepatutnya bermula jam 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA HALAL HUB TARIK PELABURAN RM162 JUTA
BANDARAYA MELAKA 30 Oktober - Melaka Halal Hub berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM40 juta dan pelaburan langsung...
MELAKA ANJUR PERSIDANGAN EKONOMI MARITIM, 4 DAN 5 NOVEMBER INI
AYER KEROH 30 Oktober - Kerajaan Negeri menerusi Institut Tun Perak bakal menganjurkan 1st Melaka International Maritime Economy Conference (MIMEC)...
PENIAGA RUGI RM800,000 DITIPU PELABURAN TENDER TIDAK WUJUD
BATU PAHAT, 30 Okt - Seorang peniaga kerugian RM800,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tender membekalkan makanan kepada sekolah yang...
PUSPANITA MELAKA JULANG PIALA TOH PUAN ASMAH
AYER KEROH 30 Oktober - Skuad badminton Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Negeri Melaka menggondol kejuaraan...
‘KOLAM’ SERIKAN BANGUNAN MBMB SEMPENA DEEPAVALI
AYER KEROH 30 Oktober - Menjelang perayaan Deepavali, banyak lokasi terutamanya di pusat beli-belah diceriakan dengan hiasan 'kolam' yang sinonim...
MAHLIGAI BAHARU BUAT NORIDAH
PANTAI KUNDOR 30 Oktober - Kerisauan wanita ini rumahnya bakal roboh akibat dimakan anai-anai akhirnya berganti kegembiraan selepas dimaklumkan dia...