Sorting by

×

Belia jelajah seluruh Melaka sampaikan sumbangan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 13 Dis. – Seramai 21 belia dari Gerakan Belia 4B (M) Melaka menyertai program konvoi Youth Take Over X Dekad Ini Dekad Anda, hari ini.

Program yang diadakan bersempena sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Melaka itu bakal menjelajah ke seluruh negeri dan kesemua enam kawasan Parlimen dalam Negeri Melaka untuk menyampaikan sumbangan kit makanan kepada 180 penerima.

Program pelepasan peserta konvoi yang disertai 20 buah motosikal dan enam buah kereta itu telah diadakan di perkarangan parkir Perhentian Rehat dan Rawat Kompleks Terminal Kenderaan Berat Negeri Melaka, di sini.

Pelepasan peserta itu telah disempurnakan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman; Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin; Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka Mohd Nizam Omar dan Penyelaras Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Muzafar Abdul Rahim.

SULAIMAN menyampaikan sumbangan kit makanan kepada golongan belia yang terjejas berikutan penularan pandemik COVID-19.

Selain melepaskan peserta konvoi, Sulaiman turut menyampaikan sumbangan kit makanan kepada golongan belia yang terjejas berikutan penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini.

Views:

473
Kongsi :
Previous post Agenda pembangunan belia diberi perhatian – Sulaiman
Next post Ibrahim Yaacob writing against imperialism
Ubah saiz-+=