
Beli barang murah, dapat gula dan Jalur Gemilang percuma
TELOK MAS 19 Ogos – Hujan renyai tidak menghalang orang ramai untuk hadir ke Jualan Rahmah Bergerak Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas, di sini, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pengunjung yang hadir dapat menjimatkan perbelanjaan barangan dapur menerusi jualan barangan keperluan jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.
Malah, pengunjung yang hadir seawal jam 8 pagi turut dibelanja dengan sepeket gula yang diagihkan secara percuma.
“Tok Ajak juga menyerahkan bendera Malaysia buat mereka yang beratur sempena bulan Kemerdekaan ini. Marilah kita memeriahkan Telok Mas ini dengan kibaran Jalur Gemilang,” katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengasas inisiatif Rahmah iaitu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang kembali ke Rahmatullah 23 Julai lalu.
“Semoga terus mengalir kebaikan Rahmah ini untuk Allahyarham. Al-Fatihah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...