
Beli baju raya untuk golongan memerlukan
KESIDANG 8 April – Sembilan warga emas antara yang menerima baju raya baharu menerusi program meraikan golongan kurang berkemampuan anjuran UMNO Cawangan Baruh Alai di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.
Ketua UMNO Cawangan Baruh Alai, Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, tahun ini seramai 40 anak-anak asnaf dan yatim di sekitar Alai dipilih sebagai penerima sumbangan baju raya dengan peruntukan RM200 setiap seorang.
Katanya sembilan warga emas yang diraikan pula adalah dari Rumah Warga Emas Taman Bukit Larang.
“Ini tahun ke-15 kita adakan program, insya-Allah akan diteruskan dan semua peserta bebas memilih jenis pakaian mengikut citarasa mereka.
“Kita boleh lihat wajah mereka sangat gembira apabila dapat membeli baju raya yang diinginkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan baju raya sempena Program Pembelian Baju Raya Kepada 40 Orang Anak Asnaf dan Yatim serta Sembilan Warga Emas.
Akramuddin turut mengucapkan terima kasih kepada penderma-penderma yang menjayakan program dianjurkan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL
SERI NEGERI 18 April - Belia diminta untuk memainkan peranan lebih aktif dengan bersama-sama menyumbangkan idea dalam membantu pembangunan Negeri...