Sorting by

×

Belanjawan Melaka 2022 fokus ekonomi rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

MERLIMAU 2 Okt. – Belanjawan Negeri Melaka 2022 akan terus berpaksikan kepada ekonomi rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Jelasnya, fokus itu masih diberi keutamaan memandangkan pandemik COVID-19 masih memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat di seluruh negara.

“Belanjawan kali ini akan terus memfokuskan kepada ‘people economy’ disebabkan kita masih lagi dalam kesan pandemik COVID-19.

“Jadi, ia akan menjurus kepada rakyat dan beberapa pembangunan fiskal yang kita rasakan perlu demi keperluan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan ziarah kasih di Kampung Ayer Merbau, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Roslan Ahmad; ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan; ADUN Sungai Rambai, Datuk Wira Hasan Abd Rahman, ketua-ketua jabatan dan pemimpin setempat.

Dalam pada itu, Sulaiman turut menyeru rakyat Melaka agar bersama-sama menyumbang idea cadangan dan pandangan Belanjawan Negeri Melaka 2022 di laman Facebook rasminya, Sulaiman Md Ali.

Katanya, setiap cadangan dan komen yang ditinggalkan akan diperhalusi satu persatu dan dipertimbangkan.

“Saya amat mengalu-alukan segala pandangan dan cadangan daripada rakyat Melaka.

“Insya-Allah akan saya teliti satu persatu dan mana-mana yang rasional akan kita angkat untuk belanjawan yang akan dibentangkan nanti,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

399
Kongsi :
Previous post Sulaiman santuni masyarakat Ayer Merbau
Next post Tersalah ambil picagari kosong ketika proses vaksinasi remaja
Ubah saiz-+=