Sorting by

×

Belanjawan Melaka 2021: Sektor perhotelan perlu diperkasa

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 28 Okt. – Inisiatif Belanjawan Melaka 2021 perlu dinilai sewajarnya agar seluruh lapisan masyarakat benar-benar menerima manfaat dari pelbagai inisiatif yang bakal diumumkan.

Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Melaka, Sazali Sabri berkata, industri perhotelan antara sektor yang terkesan juga wajar diberikan perhatian bagi memperkasa sektor terbabit yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Katanya, susulan khabar gembira berikutan pengumuman Pembentangan Belanjawan Melaka 2021 oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali tidak lama lagi, pihaknya berharap agar sektor terbabit turut menerima manfaat daripada perkara itu.

“Strategi terbaik perlu dilaksanakanan kerajaan negeri dalam membangunkan ekonomi negeri dengan pelbagai inisiatif bagi memperbaiki industri pelancongan negeri terutama perkhidmatan perhotelan.

“Kita akui pandemik ini banyak memberi kesan dalam pembangunan negara, bagaimanapun kerajaan telah menjalankan pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah ini malah, kita mungkin akan berdepan perkara ini dalam hampir dua tahun lagi.

“Sebagai pemain industri perhotelan, kita harap agar vaksin bagi membasmi penularan penyakit ini ditemui supaya ia mampu dihapuskan, sekali gus mampu memperbaiki ekonomi pelancongan serta seluruh industri lain dalam memacu semula pembangunan negara,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Terdahulu, kerajaan negeri menjamin Belanjawan Melaka 2021 yang akan dibentangkan pada awal November depan membawa berita baik buat rakyat Melaka.

Menurut Sulaiman walaupun Melaka terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda, namun beberapa penambahbaikan telah dilakukan untuk kesejahteraan rakyat.

“InsyaAllah bajet yang baik untuk rakyat dan ada penambahbaikan Bajet 2021, malah pra bajet juga sudah dibentang dalam mesyuarat sebelum ini.

“Walaupun kita terkesan dengan COVID-19 bukan hanya Melaka tetapi, mana-mana negeri juga terkesan akan pendapatan kewangan kerajaan dan kita akan cuba buat sebaik yang mungkin,” katanya.

Views:

1071
Kongsi :
Previous post Belanjawan Melaka 2021: Melaka perlukan dana besar pulihkan ekonomi negeri
Next post Bekas komando kini ‘tauke’ ayam golek
Ubah saiz-+=