
Belanjawan Melaka 2021 dijangka dibentang 11 Disember
MELAKA 25 Nov. – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang ditangguhkan sebelum ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijadual berlangsung dari 9 hingga 11 Disember depan.
Timbalan Speaker DUN Melaka Datuk Ghazale Muhamad berkata notis pemakluman persidangan DUN berkenaan telah dimaklumkan kepada semua 28 Ahli DUN pada minggu lepas.
“Persidangan DUN Melaka akan berlangsung selama tiga hari dan pembentangan belanjawan negeri 2021 dijangka pada 11 Disember depan.
“Waktu persidangan akan berlangsung seperti biasa dari pagi hingga petang dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan akan diikuti sepanjang persidangan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata jumlah pemerhati dan ketua jabatan akan dihadkan sekitar 50 orang sahaja sebagai langkah berjaga-jaga mengekang penularan COVID-19.
Sebelum ini, Bernama melaporkan Persidangan DUN Melaka yang sepatutnya berlangsung pada 9 hingga 11 Nov lepas terpaksa ditangguhkan ekoran pelaksaaan PKPB pada 9 hingga 21 Nov lepas.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...
MELAKA RAYU KPKT SEGERAKAN PEMBINAAN LOJI WTE
SUNGAI UDANG 26 April - Kerajaan Negeri meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyelesaikan segera sebarang pemasalahan di peringkat...
NGAUMAN ‘SINGA’ DI BUMI BERSEJARAH
KLEBANG 26 April - Seramai 1,500 delegasi rangkaian Lions Club di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Filipina 'berkampung' di Melaka...
MERCEDES S400 TERBAKAR, PEMANDU SELAMAT
KOTA LAKSAMANA 26 April - Seorang pemandu Mercedes S400 berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Limbongan berhampiran...
KKTM MASJID JADI RUJUKAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI AUTOMOTIF
AYER LIMAU 26 April - Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah menerima peralatan pengajaran dan pembelajaran disumbangkan sebuah syarikat...