
BELANJAWAN 2025: PROJEK LEBUH RAYA WCE BANTING KE GELANG PATAH DIBERI KEUTAMAAN
AYER KEROH 18 Oktober – Projek Lebuh Raya West Coast Expressway (WCE) bagi jajaran Banting, Selangor ke Gelang Patah, Johor antara yang akan diberi keutamaan dalam Belanjawan 2025.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek lebuh raya itu merupakan antara projek berkepentingan rakyat yang dimasukkan dalam perancangan kerajaan.
Jelas beliau, projek tersebut bakal mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam Swasta atau Public Private Partnership (PPP).
Ia sekali gus menyaksikan jajaran tersebut turut melibatkan Negeri Melaka sebagaimana yang dihasratkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Selain Lebuh Raya WCE jajaran Banting – Gelang Patah, antara projek lain yang akan menggunakan pendekatan PPP adalah Hospital Sultanah Aminah 2 di Johor; Lebuhraya Bertingkat Juru dan Sungai Dua, Pulau Pinang; Lebuh Raya WISE dari Gopeng ke Kuala Kangsar, Perak.
Selain itu, ia turut membabitkan Projek Tanaman Padi Lima Musim Dua Tahun di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kedah dan Perlis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
CERIA TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI
LENDU 15 Mac - Kanak-kanak mengalami kesukaran berjalan akibat masalah saraf Sheikh Muhammad Alif Alashiri, 12, antara penerima sumbangan bantuan...
PINTU MASUK MELAKA LEBIH INDAH, CERIA SEMPENA AIDILFITRI
PAYA RUMPUT 15 Mac - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk menceriakan kesemua pintu masuk...
TINDAKAN TEGAS MENANTI KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN TIDAK IKUT SOP – MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada kontraktor penyelanggaraan...
KPDN EDAR 18,000 BAUCAR E-DOMPET
DUYONG 15 Mac - Sejumlah 18,000 baucar e-dompet diedarkan dan dinikmati oleh rakyat Melaka bermula 11 hingga 15 Mac (hari...
NENEK ‘BERTUNANGKAN’ SCAMMER, ANTARA KISAH PENIPUAN TERJADI DI MELAKA
MACHAP JAYA 15 Mac - Menemui cinta di usia senja mungkin sepatutnya menjadi kenangan terindah buat seorang wanita warga emas...
BEKAS WARTAWAN MELAKA HARI INI MENINGGAL DUNIA
ALOR GAJAH 15 Mac - Bekas wartawan sambilan Melaka Hari Ini, Jaafar Neemat meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, hari...