Belanjawan 2023: fokus utama kedaulatan negara, kebajikan veteran

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 26 Februari – Peningkatan peruntukan RM17.7 bilion buat Kementerian Pertahanan adalah perkara yang dinantikan bagi memastikan kedaulatan negara dan kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat terus dijamin.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, disamping menyentuh aspek kesiapsiagaan aset-aset pertahanan negara, belanjawan dibentangkan kali ini memperkenalkan pelbagai program buat veteran ATM.

“Bajet ini peningkatan daripada RM92 juta kepada RM118 juta akan diagihkan buat golongan veteran ATM adalah perkara yang dinantikan kerana kita memang mempunyai program kebajikan perumahan, kesihatan dan mengupayakan veteran ini.

“Antara perkara yang kita amat alu-alukan adalah inisiatif membangunkan ladang jagung untuk makanan ternakan yang diusahakan veterean menerusi kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini merupakan perkara yang sangat baik kerana kita dapat guna sediakan tenaga guna ini dengan (memperkenalkan) teknologi baharu melibatkan golongan veteran dan industri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah di Kampung Gangsa, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi memastikan hasrat kerajaan terus berada pada landasannya pihaknya berharap agar kementerian-kementerian lain yang berkait dengan Kementerian Pertahanan dapat bekerjasama sewajarnya bagi memastikan usaha mendaulatkan dan menjaga keselamatan negara dapat dijalankan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

969
Kongsi :
Previous post Kurangkan birokrasi mudahkan urusan usahawan
Next post Pesawat FA-50 demi kesiapsiagaan pertahanan negara
Ubah saiz-+=