
Belanjawan 2021: “Terima kasih kerajaan” – nelayan
AYER KEROH 6 Nov. – “Alhamdulillah, elaun sara hidup kami kembali kepada jumlah asal, ternyata kerajaan memahami nasib kami nelayan yang pendapatan tidak menentu,” itu kata nelayan Roslan Daud, 66.
Menurut bapa kepada empat anak itu, sebelum ini jumlah elaun sara hidup diberikan kepada nelayan RM300, bagaimanapun semasa kerajaan sebelum ini memerintah ia dipotong.
“Nasib kami nelayan mendapat perhatian kerajaan dan tidak sangka pembentangan Belanjawan 2021 membawa berita baik dan sekali gus membuktikan janji yang dibuat dikotakan, terima kasih kerajaan dengan keprihatinan ini.
“Nilai RM300 begitu besar maknanya buat kami yang mana bukan sahaja dapat meringankan beban, malah ia menjadi pendapatan tetap sekiranya hasil tangkapan tidak memuaskan seperti di musim tengkujuh,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN ‘POGHUT’ AYER LIMAU
AYER LIMAU 11 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau yang dijadualkan pada Jumaat depan akan...
PENIAGA RUGI LEBIH RM26,000 DITIPU URUSAN TEMPAHAN HAMPER TIDAK WUJUD
KUALA TERENGGANU 11 April - Seorang peniaga mengalami kerugian RM26,100 disebabkan urusan jual beli dan tempahan hamper tidak wujud. Ketua...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT SETELAH ENAM HARI BERTARUNG NYAWA
JEMPOL 11 April - Seorang penunggang motosikal meninggal dunia malam tadi selepas enam hari bertarung nyawa di Hospital Kuala Pilah...