
Belanjawan 2021: Siling kumpulan wang covid-19 ditambah RM20 bilion
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kerajaan bercadang meminda Jadual Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) untuk menaikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM20 bilion kepada RM65 bilion.
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu mengambil kira gelombang terkini wabak itu dan keperluan sehingga tahun 2022.
“Tujuan utamanya adalah untuk membiayai pakej KITA PRIHATIN (Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN), bantuan tambahan bagi kesejahteraan rakyat, keperluan barisan hadapan dan perolehan vaksin kelak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.
Tengku Zafrul berkata Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) membenarkan had statutori hutang kerajaan dinaikkan sementara sehingga 60 peratus daripada Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) berbanding 55 peratus.
Di bawah akta itu, katanya Parlimen sebelum ini telah meluluskan siling peruntukan RM45 bilion bagi Kumpulan Wang COVD-19.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
KUALA LUMPUR 7 April - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang...
WANITA WARGA EMAS RENTUNG, 16 RUMAH SETINGGAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BINTULU
BINTULU 7 April - Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan 16 rumah setinggan di tepi Sungai Plan,...
LELAKI DITAHAN, BANTU SIASATAN KES PUKUL JIRAN WARGA EMAS
AYER KEROH 7 April - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa bertindak memukul seorang warga emas yang juga jirannya dalam...
MBMB ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
BANDA HILIR 7 April - Sebanyak 200 belon diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Jam Besar Banda Hilir sebagai simbolik...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...