
Belanjawan 2021: RM7.4 bilion perluas perkhidmatan jalur lebar
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Sejumlah RM7.4 bilion akan diperuntuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk memperluas perkhidmatan jalur lebar bagi tahun hadapan dan 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Ketika membentangkan Belanjawan 2021 beliau berkata jaringan telekomunikasi kini boleh dianggap sebagai utiliti ketiga, malah dalam suasana norma baharu, perkhidmatan secara maya sudah menjadi kelaziman.
“Pembangunan infrastruktur dan penaiktarafan rangkaian asas telomunikasi adalah perlu bagi menampung keperluan gaya hidup digital,” kata beliau ketika membentangkan belanjawan dengan tema ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ di Dewan Rakyat, hari ini.
Tengku Zafrul berkata sebanyak RM500 juta turut akan diperuntuk kerajaan di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi memastikan kesalinghubungan sejumlah 430 sekolah seluruh Malaysia.
Beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung Cerdik oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 sekolah sebagai projek rintis yang akan diselia Yayasan Hasanah.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
KUALA LUMPUR 7 April - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang...
WANITA WARGA EMAS RENTUNG, 16 RUMAH SETINGGAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BINTULU
BINTULU 7 April - Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan 16 rumah setinggan di tepi Sungai Plan,...
LELAKI DITAHAN, BANTU SIASATAN KES PUKUL JIRAN WARGA EMAS
AYER KEROH 7 April - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa bertindak memukul seorang warga emas yang juga jirannya dalam...
MBMB ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
BANDA HILIR 7 April - Sebanyak 200 belon diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Jam Besar Banda Hilir sebagai simbolik...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...