Belanjawan 2021 Negeri Melaka perlu perkasa peranan JPKK
AYER KEROH 10 Dis. – Belanjawan 2021 Negeri Melaka perlu memperkasakan peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi menggerakkan pentadbiran setiap kampung di negeri ini.
Datuk Hasan Abd Rahman (BN-Sungai Rambai) berkata, ia termasuk memberi tumpuan kepada peruntukan khas tahunan JPKK dalam memperkasa tanggungjawab mereka.
“Kita tahu perkara-perkara berimpak tinggi itu memang urusan Ketua Menteri, Exco dan pentadbiran kerajaan negeri.
“Sebaliknya di kampung, masyarakat memang bergantung harap kepada JPKK,” katanya ketika perbahasan pada hari kedua Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Seri Negeri, hari ini.
Katanya, sering kali isu kampung yang dibawa JPKK menghadapi jalan buntu disebabkan mereka mempunyai kekangan besar untuk menguruskan kampung.
“Saya rasa perlu ada satu bajet khusus kepada JPKK seperti elaun bagi mereka menjaga masyarakat dalam setiap kampung masing-masing.
“JPKK merupakan tonggak di sesebuah kampung di bawahnya ada lembaga masjid, persatuan belia, rukun tetangga dan banyak lagi,” katanya.
Katanya sudah sampai masa JPKK diberi peranan penuh untuk menjaga kemajuan dan keselamatan kampung supaya setiap kampung menjadi lebih agresif.
Views:
Related
Berita Lain
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menjadi medan buat Kerajaan Negeri memperkasakan usahawan perusahaan mikro,...
PERKHIDMATAN 80 PEGAWAI SYARAK DI MASJID TANAH DISAMBUNG
KUALA LINGGI 14 Januari - Seramai 80 pegawai syarak di Parlimen Masjid Tanah menerima surat penyambungan tugas bersempena Program Wakil...
MELAKA BINA 323 RUMAH MESRA RAKYAT TAHUN INI
BANDARAYA MELAKA 14 Januari - Sebanyak 323 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di setiap daerah dalam Negeri Melaka...
MELAKA ADAKAN JELAJAH ‘TOWN HALL’ DI SETIAP IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan jelajah 'town hall' di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di...