Belanjawan 2021 inklusif, tidak berlebihan

Masa Membaca:2 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 7 Nov. – Belanjawan 2021 dilihat perbelanjaan luar jangka kerajaan secara inklusif dalam memulihkan pertumbuhan Belanjawan 2021 inklusif, tidak berlebihan negara dan menjamin kelangsungan hidup rakyat ketika mendepani ancaman pandemik COVID-19.

Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Dr. Isma Addi Jumbri berkata, sebagaimana yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 semalam, perbelanjaan kerajaan adalah jumlah terbesar dalam sejarah negara dengan nilai RM322.5 bilion.

Katanya, jumlah itu dilihat tidak terlalu berlebihan bagaimanapun dari segi angka jelas menampakkan peningkatan yang ketara.

Bagaimanapun katanya, rakyat perlu faham situasi itu adalah kerana kerajaan sedang menghadapi situasi, unprecedented crisis’ atau krisis luar jangka iaitu pandemik COVID-19.

“Jika diteliti menerusi Belanjawan 2021 ini kerajaan bercadang menaikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM20 bilion kepada RM65 bilion.

“Peningkatan sebanyak RM40 bilion ini tidak dinafikan memang tinggi, namun saya gambarkan situasi sekarang umpama kenderaan yang kita selalu gunakan pergi kerja tiba-tiba rosak dan tiada alternatif kenderaan lain.

“Mahu tidak mahu ia perlu diperbaiki, dirawat atau terpaksa beli kenderaan baru untuk kelangsungan hidup dan terus pergi bekerja, jadi Belanjawan 2021 ini bagi saya merupakan bajet perlu dan bersebab bukannya berlebihan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, kerajaan bercadang memperuntukkan RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Fakulti Inovasi Peniagaan dan Teknologi Kolej Islam Antarabangsa Melaka (KUIM), Hazanah Miskan berkata, strategi yang diguna pakai kerajaan menerusi Belanjawan 2021 adalah bagi mencapai terma jangka pendek dan terma medium sebelum memberi fokus kepada strategi fiskal jangka panjang.

“Dalam konteks KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) pada April 2020 menyaksikan penyusutan sebanyak 28 peratus (-28 %), namun berlaku peningkatan yang perlahan iaitu negatif 3.2 peratus.

Pensyarah Ekonomi Fakulti Inovasi Peniagaan dan Teknologi KUIM Hazanah Miskan

“Peningkatan ini sedikit sebanyak menunjukkan ekonomi negara sedang mengalami fasa pemulihan walaupun dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi.

“Dalam keadaan ekonomi yang meleset ini kita akan mengikut teori ‘Keynesian Model’, iaitu kita perlu melaksanakan Belanjawan Mengembang, yang mana kesannya akan mengakibatkan defisit yang agak besar dan dijangkakan defisit adalah 5.4 peratus daripada KDNK,” katanya.

Beliau berkata, meskipun jumlah belanjawan yang diperuntukkan kali ini agak besar namun peruntukan itu adalah demi memastikan strategi yang diguna pakai itu tercapai.

“Sebab itu kerajaan sanggup mengambil risiko mengeluarkan belanja yang berlebihan,” katanya.

Views:

488
Kongsi :
Previous post Kehilangan terjawab
Next post Bangun 6 pagi nak jumpa KM
Ubah saiz-+=