Sorting by

×

Belanja RM30 hingga RM50 di Malakat Mall, percuma minyak masak

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

MASJID TANAH 6 Mei. – Sebanyak 1,500 botol minyak satu liter akan diagihkan dalam sehari sebagai ganjaran buat pembeli yang berbelanja antara RM30 hingga RM50 di Malakat Mall.

Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Program Gerobok Rezeki yang kedua dilaksanakan UMNO Bahagian Masjid Tanah itu diharap meringankan beban masyarakat di kawasan itu menjelang musim perayaan selain bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat berbelanja di pasar raya itu.

“Mana-mana pelanggan yang membeli barangan melebihi RM30 akan menerima sebotol minyak masak satu liter manakala RM50 ke atas akan menerima dua botol minyak masak secara terus selepas pembayaran.

“Pada peringkat awal kita memberi 5,000 botol bagi sasaran awal sehingga menjelang Hari Raya nanti dan sekiranya sambutan agak baik, insya-Allah kita akan melihat suasana dan keadaan pada ketika itu, kita boleh tambah lagi pada kadar yang munasabah.

“Melihat bahawa satu-satunya pasar raya yang dijalankan oleh anak bangsa kita, saya berharap orang Masjid Tanah sendiri memberikan sokongan untuk memajukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Minyak Masak Percuma di Malakat Mall, Masjid Tanah.

Mengulas lanjut katanya, sejak pra pelancarannya di pasar raya itu dari pagi sehingga petang tadi sebanyak 600 botol minyak masak dihadiahkan kepada pembeli dan pengguna yang membeli-belah di pasar raya tersebut.

“Rekod purata harian kehadiran pengunjung di pasar raya ini adalah sekitar 2,000 pengunjung dan dijangka bertambah dengan adanya penganjuran program Minyak Masak Percuma ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

895
Kongsi :
Previous post Masjid, surau, rumah di Melaka diminta adakan solat hajat – JAIM
Next post Kawalan ketat PKPD di Kampung Permatang Tulang bermula tengah malam ini
Ubah saiz-+=