
Belanja RM30 di bazar Jalan Hang Tuah boleh menang kereta RM50,000
BANDARAYA MELAKA 10 April- Pengunjung Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab) Jalan Hang Tuah berpeluang memenangi sebuah kereta bernilai RM50,000 dengan hanya berbelanja serendah RM30 di bazar terbabit.
Penganjur bazar, Muhammad Fikri Mohd Ali, berkata, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah motosikal, televisyen dan pelbagai hadiah menarik lagi keseluruhannya berjumlaj RM80,000.
Katanya, setiap satu hadiah pihaknya akan mencabut satu nama yang terdiri daripada salah seorang dari sasaran satu juta pengunjungnya sebagai penghargaan kepada mereka.
“Kelainan yang ditawarkan ini bertujuan menghidupkan kembali bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah yang sebelum ini ‘mati’ dan tidak mendapat sambutan.
“Hadiah utama yang kita tawarkan adalah sebuah Proton Saga 1.3 AT Premium bernilai hampir RM50,000 yang akan diadakan cabutan bertuah pada malam 24 April ini.
“Tidak kisah sama ada penunjung itu berbelanja RM30 atau RM3,000, mereka akan dapat kupon cabutan dan mendapat peluang sama rata untuk memenangi hadiah utama kereta,”katanya ketika ditemui malam tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA TERUS BERJASA, SUMBANG 40 BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
JASIN 10 Mac - Bukan sekadar berjasa setiap kali berlaku bencana atau kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
PEGAWAI KESELAMATAN RUGI LEBIH RM300,000 DITIPU PHONE SCAM
CHUKAI 10 Mac - Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’....
PEMANDU MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA LORI
IPOH 10 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut apabila lori dipandunya melanggar belakang sebuah lagi lori dalam kemalangan di Kilometer...
DOKTOR BERKELAKUAN TIDAK SENONOH DITAHAN SEMULA SUSULAN LAPORAN POLIS KETIGA
GEORGE TOWN 10 Mac - Seorang doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap...
ADDRIENA BATRISYA DILANTIK YDP MPP KAYM
AYER KEROH 10 Mac - Nur Addriena Batrisya Zita@Zukalman, pelajar semester 2 Diploma Teknologi Elektronik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)...
UBAH SUAI BOT LAMA JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 10 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang mewujudkan produk baharu dengan membaik pulih serta...