Sorting by

×

Belanja RM188, boleh menang wang tunai di The Shore

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

BANDA HILIR 17 Januari – The Shore Shopping Gallery (The Shore) menawarkan hadiah sehingga RM300 bagi pengunjung yang berbelanja lebih RM188 di pusat beli-belah itu sempena Tahun Baharu Cina ini.

Pengurus Pusat The Shore Shopping Gallery Paulin Lim berkata, pengunjung boleh menyertai kempen tersebut bermula 19 Januari hingga 25 Februari ini dan menebus hadiah itu di mana-mana outlet di The Shore.

“Pengunjung yang berbelanja lebih daripada nilai itu akan menerima wang tunai RM250 dan baucar bernilai RM50, selepas itu pemenang boleh tebus barangan di mana-mana outlet disediakan di sini.

“Selain itu pihak The Shore juga membuat kempen swafoto atau bergambar di dekorasi kami bertemakan naga selaras dengan tema Tahun Baharu Cina tahun ini dan mereka perlu kongsikan di laman media sosial kami untuk memenangi hadiah yang sama.

“Bukan itu sahaja, bagi pengunjung yang datang ke sini pada 27 Januari mereka akan diberikan ‘give away’ barangan makanan daripada syarikat Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, setiap tahun The Shore sentiasa bergerak aktif menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk membantu golongan memerlukan di negeri ini.

“Tahun ini kami sahut seruan kerajaan untuk membantu golongan kurang mampu dengan meraikan seramai 100 warga emas menyambut Tahun Baharu Cina dengan memberikan mereka sedikit sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan.

“Terima kasih juga kepada Persatuan Malacca Yang Leng yang sudi bekerjasama menjayakan program kali ini.

“Justeru, saya berharap lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan program sebegini kerana ia memberikan keceriaan kepada golongan memerlukan khususnya semasa musim perayaan,” katanya.

Whatsapp Image 2024 01 17 At 11.36.15
PAULINE

Sumbangan itu telah disampaikan pada program The Shore ‘A Majestic Chinese New Year’ Campaign 2024 dan Program CSR bersama Persatuan Malacca Yang Leng di The Shore Shopping Gallery, baru-baru ini.

Program itu dihadiri Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Kerk Chee Yee; Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Low Chee Leong; Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Leng Chau Yen dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

789
Kongsi :
Previous post Lahirkan lebih ramai generasi muda berkemahiran
Next post JELITA lahir 60 peratus tenaga kerja wanita berkemahiran
Ubah saiz-+=