
Belajar seni origami di PERZIM
BANDA HILIR 1 Jun – Sempena musim cuti sekolah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan aktiviti membuat origami di Muzium Sejarah Melaka sebagai tarikan kepada pengunjung kanak-kanak.
Pengurus Besar PERZIM, Erne Hamsah berkata kanak-kanak yang menyertai aktiviti itu berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah barangan keperluan sekolah seperti pensil warna dan buku.

“Aktiviti membuat origami di muzium diadakan sepanjang musim cuti sekolah ini bermula pada jam 9 pagi hingga 4 petang dan ia terbuka kepada pengunjung serta pelancong terutama kanak-kanak.
“Kanak-kanak yang menyertai aktiviti ini diberikan tunjuk ajar bagaimana membentuk kertas menjadi objek seperti bentuk hati, burung dan lain-lain lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Katanya, selain aktiviti membuat origami PERZIM juga mengadakan kuiz kepada pengunjung dan pelancong.
“Ini juga salah satu tarikan supaya pelancong dan pengunjung singgah di muzium-muzium yang ada di Negeri Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...