Belajar dari warisan sejarah Melaka-Belanda
BANDA HILIR 13 Julai – Hubungan sejarah antara Melaka dengan Belanda sejak 1641 menjadi garapan Kerajaan Negeri untuk memastikan warisan itu terus segar diingatan masyarakat.
Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, ini kerana warisan peninggalan Belanda banyak memberi pengaruh besar kepada struktur pembinaan bangunan mahupun masyarakat di Melaka.
Katanya, atas sebab itu, pihaknya merencanakan pelbagai program seperti membawa pulang artifak-artifak berkaitan sejarah antara Melaka dengan Belanda sebagai refleksi buat tatapan orang ramai.
“Kita mengeratkan juga hubungan ini melalui kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bersama universiti-universiti sekitar Asia dan India yang menyimpan penemuan-penemuan baharu antara kedua-dua negara ini.
“Banyak perkara yang kita belajar dengan Belanda berkaitan cara mengurus pelabuhan seperti Amsterdam yang merupakan bandar di bawah laut. Dengan cara ini, kita dapat bawa Melaka melangkah jauh ke hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Festival Malakka Dutch di sini, hari ini.
Hadir sama, Duta Besar Belanda ke Malaysia, Tuan Yang Terutama, Jacques Werner, Pengurus Besar Perzim, Erne Hamsah dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
DUYONG ‘ROSAK’, LEBIH 15,000 DIJANGKA GEGAU LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA 2024
BANDARAYA MELAKA 12 Disember - Kira-kira 15,000 dijangka memeriahkan penganjuran edisi kedua Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita yang akan berlangsung...
PERUNTUKAN TAMBAHAN RM6 JUTA ATASI ISU BANJIR DI 5 DUN – KM
LENDU 12 Disember - Peruntukan tambahan sebanyak RM6 juta telah diluluskan bagi mengatasi isu banjir di lima Dewan Undangan Negeri...
NIKMATI DISKAUN 50 PERATUS SAMAN TRAFIK, 14 DISEMBER INI
AYER KEROH 12 Disember - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun 50 peratus saman trafik sempena program PDRM Bersama Kerajaan...
MENGISPIRASIKAN MASA DEPAN MELALUI PENDIDIKAN: JT INTERNATIONAL SCHOOL MELAKA MENCETUS PERUBAHAN
BANDARAYA MELAKA 12 Disember - Formula pendidikan digunakan JT International School Melaka (JT), bukan sekadar untuk melahirkan anak-anak yang pintar,...
50 TAHUN RESTORAN HABEEB SULTAN, TERUS PIKAT HATI PELANGGAN
BUKIT BARU 12 Disember - Menginjak 50 tahun usia penubuhannya, Restoran Habeeb Sultan terus menjadi pilihan ramai dengan aneka juadah...
SKSPS BERI BANYAK FAEDAH KEPADA PENCARUM
MERLIMAU 12 Disember - Dianggarkan cuma 15,000 individu di seluruh Negeri Melaka yang bekerja sendiri tampil mencarum menerusi Skim Keselamatan...