Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai meninggal dunia
Perkara itu disahkan cucunya Ahmad Marzuki Nasir dan memaklumkan Sakaran, 91, meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi tadi.
“Sama-sama kita mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah,” katanya menerusi kenyataan ringkas hari ini.
Pada 18 Ogos lalu, Sakaran dimasukkan ke hospital itu kerana disyaki dijangkiti COVID-19, sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 25 Ogos.
Sakaran berasal dari Semporna berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002 dan sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah kelapan pada 1994.
Allahyarham memainkan peranan penting untuk Sabah dan negara khususnya, dalam meningkatkan taraf sosioekonomi  dan pendidikan masyarakat serta menyebarluaskan kesusasteraan Islam.
Jasa Allahyarham amat dihargai sehingga menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2017.
Views:
Related
Berita Lain
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...