Sorting by

×

Bekas pegawai Pengakap Melaka didakwa pecah amanah

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 11 Jan – Seorang lelaki tidak mengaku bersalah Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas 30 pertuduhan salah guna harta milik Majlis Pengakap Malaysia Negeri Melaka (MPNM) berjumlah RM63,4000 sejak tujuh tahun lalu.

Ahmad Danial Osman, 32 tahun membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan semua kertas pertuduhan, Ahmad Danial yang ketika itu memegang jawatan Penolong Setiausaha Kerja Eksekutif MPNM didakwa menyalah guna harta milik pertubuhan itu dengan kutipan sewa premis berjumlah RM63,400 digunakan untuk kegunaan sendiri dan tidak dimasukkan ke dalam akaun pertubuhan itu.

Semua kesalahan itu dilakukan tertuduh di sekitar negeri Melaka antara 15 Oktober 2015 hingga 30 Januari 2018.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan hingga lima tahun, sebatan serta denda bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat mencadangkan jaminan RM10,000 kerana mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan menghidap penyakit diabetes selain tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan mengarahkan tertuduh untuk melaporkan diri di pejabat SPRM Melaka setiap bulan sebelum menetapkan sebutan semula kes pada 14 Februari depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1337
Kongsi :
Previous post Segera buat aduan jika ada kenaikan harga barang – Hee Sem
Next post TYT saksi MoU antara CCM, KOKITA
Ubah saiz-+=