
Bekas penjawat awam didenda RM7,000 mengaku salah palsukan dokumen
KUALA TERENGGANU, 14 Mac – Seorang bekas penjawat awam didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen tiga tahun lepas.
Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Muslim Mamat, 30, yang dituduh menggunakan Sijil Diploma Reka Bentuk Dalaman atas nama Norfarah Najihah Mamat yang merupakan palsu, di dalam daerah Kuala Terengganu pada 26 Dis 2019.
Bekas juruteknik di Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri itu dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dokumen palsu tersebut digunakan bagi mendapatkan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).
Tertuduh membayar denda tersebut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA MAHU TAMBAH KAWASAN REHAT ‘ABANG RIDER’
BANDA HILIR 15 Mac - Kerajaan Negeri akan menyediakan lebih banyak tempat rehat bagi mereka yang terlibat dalam sektor P-Hailing...
LEBIH 1,500 IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 15 Mac - Lebih 1,500 pengunjung memeriahkan Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
CERIA TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI
LENDU 15 Mac - Kanak-kanak mengalami kesukaran berjalan akibat masalah saraf Sheikh Muhammad Alif Alashiri, 12, antara penerima sumbangan bantuan...
PINTU MASUK MELAKA LEBIH INDAH, CERIA SEMPENA AIDILFITRI
PAYA RUMPUT 15 Mac - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk menceriakan kesemua pintu masuk...
TINDAKAN TEGAS MENANTI KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN TIDAK IKUT SOP – MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada kontraktor penyelanggaraan...
KPDN EDAR 18,000 BAUCAR E-DOMPET
DUYONG 15 Mac - Sejumlah 18,000 baucar e-dompet diedarkan dan dinikmati oleh rakyat Melaka bermula 11 hingga 15 Mac (hari...