Bekas penjawat awam didenda RM25,000 atas kesalahan menerima suapan
AYER KEROH 16 Feb. – Seorang bekas Penolong Pegawai Perikanan di Jabatan Perikanan Negeri Melaka didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima suapan RM4,000 pada 2017.
Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas meneliti fakta kes, hujah pendakwaan dan rayuan tertuduh, Abd. Rahim Ali, 63, serta menetapkan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar.
Tertuduh sebagai penjawat awam, ketika kejadian, didakwa menerima suapan RM4,000 daripada seorang individu, Rahim Maarof, 60, di Jabatan Perikanan Negeri Melaka Batu Berendam antara jam 11.30 pagi hingga 1 petang pada 8 Ogos 2017.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh sebagai upah untuk memberikan kerja-kerja pembekalan tong insulasi 75 liter sebanyak 90 unit bagi program Touch Point jabatan berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.
Tertuduh diwakili Peguam Augustus Walter CN Jacobs, bagaimanapun merayu hukuman ringan diberikan kepada anak guamnya.
Views:
Related
Berita Lain
GADIS ‘BOLLYWOOD’ GEGAR LITAR ASAHAN
ASAHAN 23 Disember - Siapa sangka wajah gadis yang lembut ini tidak mampu menggegarkan litar kelapa sawit di Asahan. Berasal...
KOLOKIUM OKU 2024 PROGRAM PEMULA ANGKAT MARTABAT ANAK ISTIMEWA
DURIAN TUNGGAL 23 Disember - Kolokium Orang Kurang Upaya (OKU) 2024 menjadi program pemula dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap...
AKSI ‘MOTORCROSS’ PULA BAKAL GEGARKAN ASAHAN 2025
ASAHAN 22 Disember - Aktiviti sukan lasak 'motorcross' menggunakan laluan tanah merah ladang kelapa sawit sebagai litar bakal diajurkan di...
POLIS BERKAS EMPAT LELAKI DISYAKI TERLIBAT KEGIATAN SAMUN DI SERI ISKANDAR
IPOH 22 Disember - Empat lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun di kawasan...
‘TUAH’ BAKAL TIMANG ANAK KEDUA
AYER KEROH 22 Disember - Johan Cabaran Joran Melaka 2024 menganggap kemenangannya sebagai rezeki anak kedua yang bakal lahir pada...
750 SERTAI CABARAN JORAN MELAKA 2024, TASIK AYER KEROH ‘PORT BAHARU’ MEMANCING
AYER KEROH 22 Disember - Seramai 750 peserta menyertai pertandingan memancing pada Cabaran Joran Melaka 2024 sempena Tahun Melawat Melaka...