
Bekas pengarang Melaka Hari Ini meninggal dunia
AYER KEROH 10 Mei – Bekas pengarang Melaka Hari Ini, M. Jefri Razali meninggal dunia sebentar tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka kira-kira jam 7.30 malam tadi difahamkan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan rakan-rakan wartawan di Melaka.
Difahamkan, Allahyarham sebelum ini menderita angin ahmar sebelum dimasukkan ke hospital awal Ramadan lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pengarang di Melaka Hari Ini, selain menjadi Ketua Biro NSTP dan Ketua Wartawan Sinar Harian Melaka dan Negeri Sembilan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...