Bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 3 Dis – Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang, pukul 4.04 petang ini.
Laman Facebook PKR merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang Chua.
“Beliau merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor selama lima tahun dari 2009 hingga 2014. Di bawah kepimpinan Chua, buat pertama kali PKR menang kerusi di Parlimen Batu Pahat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013,” menurut catatan tersebut hari ini.
Mendiang yang pernah menjadi Ahli Parlimen Bakri selama lima penggal dari 1986 hingga 2008, merupakan Menteri Kesihatan yang berkhidmat paling lama di negara ini iaitu dari 1995 hingga 2004.
Chua aktif dalam politik bersama MCA pada 1976, sebelum menyertai PKR dan bertanding di Parlimen Segamat pada PRU13, serta tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Dr S. Subramaniam ketika itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SEEKOR LEMBU ‘DITUMBANGKAN’, TOK SIDANG ‘MEREWANG’ UNTUK KENDURI RAKYAT
BANDA HILIR 30 Disember - Lebih 150 Sidang Kampung ‘merewang’ menyediakan pelbagai hidangan percuma untuk orang ramai pada program Kenduri...
DUA KEMATIAN AKIBAT DENGGI DI MELAKA SETAKAT NOVEMBER
SERI NEGERI 30 Disember - Dua kematian akibat denggi direkodkan di Negeri Melaka iaitu di daerah Melaka Tengah dan Jasin...
AKTIVITI PENUNGGAHAN ARANG BATU PELABUHAN TANJUNG BRUAS DIPANTAU
SERI NEGERI 30 Disember - Aktiviti pemunggahan arang batu di Pelabuhan Tanjung Bruas, Tanjung Kling sedang dipantau pihak berkuasa termasuk...
WABAK DENGGI DI MELAKA MENINGKAT 82.3 PERATUS
SERI NEGERI 30 Disember - Jumlah kes denggi di Melaka meningkat kepada 2,168 kes atau 82.3 peratus sehingga minggu ke-51,...
66 PASUKAN COMBI AKTIF CEGAH WABAK DENGGI DI MELAKA
SERI NEGERI 30 Disember - Sebanyak 66 pasukan 'Communication for behavioral impact' (COMBI) aktif menjalankan aktiviti mencegah penularan wabak denggi...
12 USAHAWAN DAPAT MANFAAT SEWA SETAHUN PERCUMA DI PULAU MELAKA
SERI NEGERI 30 Disember - Inisiatif sewa percuma selama setahun di premis perniagaan milik Perbadanan Ketua Menteri (CMI) di Pulau...