Sorting by

×

Bekas Ketua Polis Melaka antara pegawai kanan PDRM naik pangkat

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Mat Kasim Karim dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa 6 September ini.

Beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman ditukarkan ke jawatan itu dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

Jawatan beliau akan diambil alih Ketua Penolong Pengarah (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Asisten Komisioner Azmi Adam.

Mat Kassim antara 64 pegawai kanan yang diumumkan bertukar dan dinaikkan pangkat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook rasmi pasukan itu hari ini.

ACP Mohd Sukri Kaman dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Turut bertukar, Ketua JSJ negeri, Mohd Sukri Kaman yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Jawatan beliau akan diambil alih oleh Pengarah Keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Asisten Komisioner Azlan Abu.

Selain itu, pertukaran lain membabitkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka adalah Ketua Cawangan Khas Melaka, Asisten Komisioner Salim Youb yang akan bertukar ke Asisten Komisioner Perancang/Operasi E8 Cawangan Khas Bukit Aman.

Tugas beliau akan diambil alih Timbalan Ketua Cawangan Khas, Pengurusan dan Koordinasi Negeri Sembilan, Superintendan Zaiton Tokiman dengan memangku pangkat Asisten Komisoner.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5880
Kongsi :
Previous post Fitnah di Instagram: Siti Nordiana saman 5 individu termasuk dua penyanyi
Next post Shamsul Anuar letak jawatan menteri
Ubah saiz-+=