
Bekas Ahli Parlimen Alor Gajah meninggal dunia
AYER KEROH 31 Julai – Bekas Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Ibrahim Jendol, 68, meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah jam 10.30 pagi tadi.
Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ab Wahab Ab Latip ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, jenazah berada di Hospital Alor Gajah untuk menjalani saringan dan lain-lain prosedur sebelum dikebumikan.
Allahyarham yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno dan bekas Ahli Dewan Negara meninggalkan seorang balu, Datin Asiah Zainal Abidin dan enam anak.
Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Alor Gajah pada 1990, dan pernah menjadi Setiausaha Khas kepada Ketua Menteri Melaka ke-6, Tan Sri Rahim Tamby Chik serta Ahli Dewan Negara pada penghujung 80-an.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...