
Bekas Ahli Lembaga Pengarah MHI meninggal dunia
KLEBANG 23 Jun – Bekas Ahli Lembaga Pengarah Melaka Hari Ini (MHI), Datuk Mohd Yusof Abu Hassan, 62, meninggal dunia akibat masalah jantung ketika sedang dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Klebang, di sini, jam 10 malam semalam.
Jenazah Mohd Yusof, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar, jam 2.30 petang tadi.
Terdahulu Allahyarham dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan pada 19 Jun bagi menerima rawatan lanjut kerana mengalami masalah pernafasan.
Mohd Yusof berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah MHI dari 2014 hingga 2018, selain itu antara jawatan penting lain pernah dipegang adalah Pegawai Khas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Pengerusi Pertubuhan Pembela Klebang Besar.
Allahyarham Mohd Yusof meninggalkan seorang isteri, Arlene Sanoria Garing bersama lapan anaknya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...