
Bekalan vaksin pertama selamat tiba di KLIA
Masa Membaca:30 Saat
KUALA LUMPUR: Pesawat khas Airbus 330-300 yang membawa bekalan kumpulan pertama 312,390 dos vaksin selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 10.07 pagi ini.
Ketibaan pesawat yang membawa 312,390 dos vaksin dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu disambut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
509