
Bekalan telur seluruh negara cukup
BUKIT KATIL 28 September – Bekalan telur dipasaran bukan sahaja mencukupi bagi menampung permintaan pengguna malah ia melebihi tahap sara diri (SSL).
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, tiada isu berlakunya kekurangan bekalan telur kerana peratusan keberadaan produk itu di pasaran adalah dengan penggunaan mencukupi.
“Telur untuk seluruh negara kita melebihi SSL, mencapai kepada 115 peratus berbanding penggunaan sebanyak 30 juta sehari. Malah Negeri Melaka juga adalah pengeluar terbesar iaitu enam juta sehari.
“Saya yakin bekalan telur itu ada dan tiada masalah sekiranya dikatakan berlaku ia perkara baharu buat saya kerana telur berlebihan pada masa ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Konvensyen Kebangsaan Kumpulan Pengguna Air (KPA) 2022 di Bukit Katil, di sini, hari ini.
Menurutnya, namun begitu sekiranya ada aduan atau maklumat mengenai ketiadaan atau kekurangan telur di pasaran khususnya kedai runcit pihaknya akan menjalankan siasatan.
“Dengan maklumat yang ada atau diterima kita akan siasat sepatutnya tiada masalah bekalan berlaku,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...