Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan
GEORGE TOWN, 25 Februari – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihak kementerian telah berbincang dengan penternak ayam dan pengusaha telur berkaitan masalah yang mereka hadapi antaranya kekurangan pekerja asing.
“Pihak kerajaan dengan kerjasama Imigresen, polis dan Kementerian Sumber Manusia akan memudah cara supaya pengusaha terbabit boleh mengambil lebih banyak pekerja,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Agrotourism dan Agroyouth di sini hari ini.
Beliau berkata kelonggaran syarat pengambilan pekerja yang dilaksanakan kerajaan antaranya melaksanakan pemutihan terhadap pekerja asing tanpa permit.
Mohamad berkata kenaikan harga makanan ternakan seperti soya dan jagung juga menjadi punca bekalan terjejas.
“Ketika ini, jagung dan soya masih lagi diimport. Buat masa ini, jagung yang ditanam di Malaysia tidak sesuai untuk dibuat makanan ayam namun kita sudah mula menanamnya di Perlis dan tahun ini, kita akan buat secara besar-besaran supaya tidak perlu lagi import… sebagai langkah mengawal harga ayam,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...