Bekalan air Melaka mampu bertahan sehingga 2050
SERI NEGERI 10 Jan – Pembangunan air mampan berupaya memenuhi permintaan bekalan air Melaka yang sebelum ini berdepan krisis, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata dengan kelulusan projek sumber air berjumlah RM1.303 bilion, ia diyakini dapat memenuhi permintaan bekalan air di Melaka sehingga tahun 2050.
“Kelulusan projek sumber air juga telah diperolehi, antaranya projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih di Daerah Alor Gajah, projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Melaka di Tasik Biru, Jasin dan Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Kesang dan Tasik Biru ke Empangan Jus.
“Saya yakin, dengan pelaksanaan kesemua projek yang telah diluluskan ini, ia dapat memenuhi permintaan bekalan air Melaka sehingga tahun 2050. Insya-Allah!,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PAMERAN TEKS SULALATUS SALATIN KE VISUAL SASAR LEBIH 10,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 27 Januari - Lebih 10,000 pengunjung disasarkan akan berkunjung ke Pameran Teks Sulalatus Salatin ke Visual di Balai...
OP SIAGA RAYA: 150 ANGGOTA BOMBA MELAKA BERSEDIA SETIAP MASA
AYER KEROH 27 Januari - Seramai 150 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka bersiap sedia setiap...
CADANGAN JONKER WALK 2.0 PERLU DITELITI, KAJIAN MENDALAM
AYER KEROH 27 Januari - Cadangan untuk menjenamakan Jalan Hang Tuah menjadi kawasan pelancongan berkonsepkan 'Jonker Walk 2.0' perlu dibuat...
RIBUAN TANGLUNG HIASI BANDARAYA MELAKA
AYER KEROH 26 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) giat menceriakan kawasan pentadbirannya bersempena sambutan Tahun Baru Cina, tahun...
AYAM PERCIK HUTAN PERCHA ‘UBATI KERINDUAN’
MACHAP JAYA 26 Januari - Kerinduan penggemar ayam percik Hutan Percha untuk merasai kembali keenakan rasa hidangan itu terubat apabila...
SUSU PERCUMA UNTUK MURID DI HANG TUAH JAYA
AYER KEROH 26 Januari - Pemberian susu percuma dalam kalangan murid sekolah di Parlimen Hang Tuah Jaya akan diperluaskan kepada...