
Beberapa pelajar SMK Melor cedera akibat tangki air pecah
KOTA BHARU, 9 Ogos – Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di Ketereh, di sini cedera selepas tangki air sekolah itu pecah lalu menimpa laluan pejalan kaki dalam kejadian hari ini.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata kesemua pelajar terlibat telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Sejurus selesai sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara sebentar tadi, saya menerima berita mengenai kejadian tangki air pecah di SMK Melor Ketereh dan dimaklumkan beberapa orang murid mengalami kecederaan.
“Mereka telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sama-sama kita doakan agar mereka yang terlibat insiden ini diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Radzi berkata susulan insiden itu beliau telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan melaksanakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah tersebut dalam kadar segera.
“Ini bagi memastikan fasiliti dan infrastruktur sekolah berkenaan sentiasa berada dalam keadaan baik serta selamat untuk kegunaan warga sekolah,” katanya.
–BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...