
Beberapa kawasan di Raub dilanda banjir, 241 mangsa dipindahkan
KUANTAN 13 Julai – Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Raub dilanda banjir, menyaksikan 241 mangsa daripada 63 keluarga terpaksa dipindahkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar daerah itu setakat 8 pagi ini.
Portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan mangsa paling ramai ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Kundang Patah iaitu 114 orang daripada 30 keluarga, diikuti Dewan Serbaguna Kampung Pia sebanyak 58 orang (16 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai, 37 mangsa (sembilan keluarga).
Sementara itu, pusat pemindahan Masjid Kampung Kuala Semantan pula menempatkan 16 mangsa daripada lima keluarga, manakala Balai Raya Kampung Gesing, Balai Raya Kampung Sengkela dan Dewan Orang Ramai Kampung Chenua menempatkan sebuah keluarga dengan jumlah mangsa 16 orang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...