
Belanjawan 2021 tumpu empat tema utama – Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR 7 Julai – Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November depan, akan merentasi empat tema utama – mengambil peduli terhadap rakyat, memacu ekonomi, kehidupan yang mampan serta menambahbaik penyampaian perkhidmatan awam, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
“Tema pertama membabitkan peduli rakyat yang mana matlamat pertama Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan melindungi dan memperkasakan rakyat.
“Malah, rakyat Malaysia telah menunjukkan kesungguhan untuk mewujudkan masyarakat lebih baik dan telah membuktikannya ketika negara mengharungi tempoh yang sukar,” katanya ketika menyampaikan ucap tama di Invest Malaysia 2020, di sini, hari ini.
Tengku Zafrul berkata usaha seperti #KitaJagaKita telah menyaksikan rakyat negara ini, baik yang tua dan muda, bersepakat dan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat untuk saling membantu rakyat yang memerlukan.
“Usaha itu daripada tindakan mengumpulkan dana untuk petugas barisan hadapan sehinggalah menyediakan makanan untuk kelompok masyarakat yang memerlukan hanya menyerlahkan lagi semangat Malaysia yang bersatu walaupun mewakili pelbagai latar belakang,” katanya.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...