Bazar Ramadan Melaka tetap meriah dalam hujan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 23 Mac – Hari pertama bazar Ramadan di Tapak Parkir hadapan Masjid Al Alami, MITC, di sini meriah dengan kehadiran pengunjung yang mencari juadah berbuka puasa.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi mendapati meskipun hujan turun agak lebat pada jam 4.30 petang, namun pengunjung tetap meriah di bazar tersebut sehingga menghampiri senja.

Turut dimaklumkan oleh wakil penganjur, kira-kira 140 tapak gerai yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa daripada makanan berat, pencuci mulut, kuih tradisional dan pelbagai jenis air minuman di bazar Ramadan itu.

Seorang peniaga Norhazana Abdul Razik, 44, berkata dia yang baharu mula menjual pada jam 5 petang terpaksa pulang awal pada jam 6.30 petang apabila barang jualannya habis terjual.

IMG_20230323_222640_869
PENGUNJUNG tidak putus-putus datang ke Bazar Ramadan di hadapan Masjid Al Alami MITC, walaupun dalam cuaca hujan. Foto: MR. AZLI

Katanya, meskipun hujan lebat namun faktor cuaca itu tidak menghalang orang ramai berkunjung ke bazar tersebut dan singgah ke gerainya.

“Dalam tempoh hampir dua jam, saya berjaya menjual sehingga 180 bekas atau bungkus kuih lopes dan puding karamel.

“Saya memang hanya menjual dua manisan ini sahaja dan ikutkan kami buka agak lewat pada hari ini, namun rezeki dan takdir Allah, kesemua loyang yang dibawa berjaya terjual.

“Saya bawa lima loyang puding karamel dan enam loyang kuih lopes, kesemua berjaya terjual sebelum waktu berbuka puasa, Alhamdulillah,” katanya yang ditemani suami dan anak-anak berniaga di bazar tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6526
Kongsi :
Previous post Seorang maut, dua parah van melekat belakang lori
Next post Tentera gagalkan taktik PATI masuk Malaysia secara haram
Ubah saiz-+=