Sorting by

×

Bazar Ramadan, Aidilfitri Melaka sedang diselaras

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PAYA RUMPUT 16 Februari – Penganjuran Bazar Ramadan dan Aidilfitri peringkat Negeri Melaka kini sedang diselaras dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, permohonan bagi penganjuran bazar berkenaan telahpun ditutup dan kini ia di peringkat kelulusan lesen perniagaan oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat.

Menurut beliau, bazar-bazar tradisi seperti tahun-tahun sebelum ini akan dikekalkan dan disamping itu akan ada juga tapak baharu bagi penganjuran bazar berkenaan yang akan diumumkan kelak.

“Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar dan jika ada isu terpencil kita akan cuba atasi. Ia kini di peringkat penyelarasan oleh semua empat PBT di Negeri Melaka.

“Apa yang pasti, bazar tradisi seperti di Klebang dan Jalan Hang Tuah akan diteruskan dan akan ada tapak-tapak baharu bazar di lokasi terpilih.

“Namun, semua senarai itu akan diumumkan kelak selepas segala urusan lesen diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Solidariti Palestin Sempena Sambutan Minggu Al Quds Sedunia di Masjid Cina, Krubong, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Tuminah Kadi @ Mohd Hashim; Pengerusi Kesatuan Ulamak Palestin Di Asia Tenggara Syeikh Dr. Aahid Abu Ata dan Pengerusi Lembaga Pengarah Tower Bridge For Consultant And Training United Kingdom Datuk Ahmad Amir Ali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

729
Kongsi :
Previous post Melaka terus bersolidariti untuk Palestin
Next post Tabung bantu Palestin akan diperluaskan
Ubah saiz-+=