
Bayi sembilan bulan antara positif COVID-19
AYER KEROH 22 Nov. – Seorang bayi sembilan bulan bersama dua kanak-kanak berusia lima dan tujuh tahun antara yang direkodkan positif COVID-19 di negeri ini.
Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, tiga kes tersebut dikesan di Mukim Ayer Panas, Jasin menerusi saringan kontak rapat.
Selain tiga kes tersebut, Melaka turut mencatat dua lagi kes positif baharu, masing-masing di Mukim Belimbing, Alor Gajah dan Mukim Masjid Tanah.
“Kes positif di Belimbing melibatkan pesakit berumur 34 tahun yang dikategorikan dalam Kluster Berendam.
“Manakala kes di Masjid Tanah dikategorikan sebagai kes import B iaitu daripada kluster Putra-18 melibatkan pesakit berumur 28 tahun,” jelas kenyataan tersebut.
Antara lain, kenyataan itu turut menyebut terdapat keseluruhan 34 kes positif masih dirawat di Hospital Melaka selepas tujuh kes sembuh direkodkan hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...

