
Bayi lima bulan patah tangan kiri di rumah pengasuh
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku semalam selepas ibu mangsa menghantar bayi itu ke rumah pengasuh pada waktu pagi.
“Kira-kira 11 pagi, ibu mangsa menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan bayi itu demam. Ibu mangsa bergegas ke rumah pengasuh dan mendapati bayinya dalam keadaan tidak bermaya. Dia terus bawa bayi itu ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Polis kemudian menerima laporan daripada pegawai perubatan pada 1.30 petang semalam dan mangsa dilaporkan stabil dan ditempatkan di wad untuk pemantauan serta rawatan lanjut.
Beliau berkata pengasuh itu akan dipanggil memberi keterangan dalam waktu terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...
ORANG ASLI TEBONG STESYEN, KUBANG BADAK BAGAIKAN ‘KELUARGA’ KETIKA AIDILFITRI
MACHAP JAYA 2 April - Tradisi ziarah menziarahi di perkampungan Orang Asli Kubang Badak dan Kampung Orang Asli Tebong Stesyen...
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...