BAYI LAPAN BULAN MENINGGAL DUNIA DI TASKA

Masa Membaca:39 Saat

ALOR GAJAH 6 September – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia dalam kejadian di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Kelemak, di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa adalah anak tunggal dan baru dihantar ke taska berkenaan untuk jagaan.

Tinjauan Melaka Hari Ini di taska berkenaan mendapati pasukan forensik masih berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

Sementara itu perkarangan Unit Forensik Hospital Alor Gajah juga dipenuhi ahli keluarga mangsa dan kenalan kepada ibu bapa bayi itu.

Difahamkan, bayi berkenaan akan dikebumikan pada malam ini sejurus selesai proses bedah siasat.

Terdahulu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan, turut meluangkan masa ke Unit Forensik dan berjumpa dengan keluarga mangsa.

Berita lanjut menyusul

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2626
Kongsi :
Previous post POLIS TAHAN PENGASUH TASKA DIDAKWA DERA DUA BERADIK
Next post BONNIE GEGAR PARIS
Ubah saiz-+=