
Bayi lelaki ditimpa pokok rhu meninggal dunia
PANTAI KUNDOR 13 November – Bayi lelaki berusia setahun lima bulan yang terbabit dalam insiden ditimpa pokok rhu di Pantai Puteri, lewat petang semalam, meninggal dunia.
Muhammad Zahfran Ilman Mohd Syazawan meninggal dunia pada jam 1.30 pagi di Hospital Melaka selepas lebih enam jam bertarung nyawa.
Berita itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi yang dimaklumkan berita itu oleh pihak hospital.
Beliau turut berharap ibu bapa serta keluarga mangsa tabah dengan dugaan itu.
“Adik Muhammad Zafran Ilman Bin Mohd Syazwan mangsa dihempap pokok telah kembali kepada sang penciptanya sebentar tadi.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaan ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...